Mungkin ada antara kita yang tertanya-tanya bagaimana untuk kita memiliki tanah sendiri..tanah kosong,bukan tanah yang dah siap ada rumh teres tu ye.hehe..tapi tak pasti sama ada ke lg tanah kerajaan yg kosong?..macam mana nak mohon?.ada prosedurnye?..Yup semua tu ada jln penyelesaian.
Nak memohon tanah kena lah sedikit kreatif.Bukan terus pergi ke pejabat tanah then mintak nak beli..TIDAK!!!..bukan semudah 1,2,3...
Tanah yang boleh dipohon mestilah tanah kerajaan dan bukan tanah hakmilik atau tanah rizab ye.
Apa yang perlu dilakukan adalah sedikit kajian atau research berkenaan tanah yang kita nak pohon.rajin research,byklah maklumat tanah kosong yang kita dapat..heheh..Jadi pertama sekali kita perlu buat adalah :
1.dapatkan Syit piawai yang dibeli di JUPEM.Kaji sedikit lot2 kosong dalam tu.make sure kedudukannya di atas tanah dan juga di atas syit..karang kena lot orang lain plak kan.So tentukan betul2.
2.Bolehlah lantik seorang Jurukur Tanah Berlesen untuk menyediakan plan awal.atau precomp tentang ukuran tanah tersebut.
3.Lakukan permohonan di pejabat tanah dgn menyediakan dokumen-dokumen seperti yang diminta ye.Setiap negeri memperuntukkan prosedur yang lebih kurang sama je/.Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Jadual I (KTN). Borang berkenaan hendaklah dilengkapkan dan diserahkan bersama-sama perkara-perkara berikut:-
2 salinan borang Jadual I
2 salinan pelan tanah
1 salinan kad pengenalan (bagi individu)
1 salinan Memorandum & Articles, Borang 24 dan 49 (bagi syarikat).
1 salinan Undang Penubuhan (bagi Perbadanan)
1 salinan Borang Butir-butir Pemohon
Bayaran permohonan
Individu @ Agensi Kerajaan - RM 50.00
Syarikat/Perbadanan keluasan tanah < 2 hektar - RM100.00
Syarikat/Perbadanan keluasan tanah > 2 hektar - RM200.00
4.Selepas selesai.Tunggulah masa untuk pejabat tanah meluluskan permohonan anda.Sedikit makan masa ye.sabar.heheh...kalau kita ikut prosedur yang betul,mungkin mudah untuk memiliki tanah sendiri.Selamat memohon...dan mohon share ye..hehe
Easy kan..heheh
No comments:
Post a Comment