"Ya Allah, kami memohon kepadamu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikkan yang ada didalamnya dan kami berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada didalamnya.Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha berkuasa menentukannya...Amin"
Ya kita mulakan apa pun dengan doa di setiap permulaan setiap urusan.Bagi permulaan blog yang tidak seberapa ini.Kami dari Geosurvey Precision Services akan memberi sedikit sebanyak maklumat berkenaan dengan perniagaan yang kami jalankan.
Geosurvey Precision ditubuhkan oleh empat anak muda termasuk admin..heheh.yang beroperasi di Shah Alam.yang masing-masing berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Kami mencuba untuk menjalankan perniagaan sendiri berpandukan apa yang kami belajar semasa menuntut dan setiap ilmu yang kami terima disana, setiap darinya kami cuba untuk mempraktikan.
Geosurvey precision dibangunan untuk membantu samaada orang perseorangan atau private/government agensi di luar sana berkenaan dengan perihal hartanah.Seperti yang kita sedia tahu, tanah yang kita duduki, setiap satunya adalah didaftarkan di bawah Hakmilik masing-masing.Ingin saya jelaskan,setiap pemilikan tanah itu mempunyai nilai perkadarannya yang tersendiri.Tuan tanah yang mempunyai hak ke atas tanah masing-masing berupaya untuk mengubah, menjual atau menukar status tanah tersebut.Namun untuk setiap penyelesaian tersebut, bukannya mudah seperti yang dikata.Ia memerlukan penelitian yang terperinci dari segi teknik dan pengukuran.
Geosurvey Precision bertindak menjalankan kerja-kerja pengukuran tanah dibawah seliaan Jurukur Berlesen yang bertauliah.Segala proses akan menjadi lebih mudah dan teratur.Kami meneliti setiap cadangan daripada klien dan cuba untuk memberi jalan penyelesaian yang terbaik dari segi kos,teknik pengukuran dan juga prosidur.
Selain dari ukuran tanah untuk kerja-kerja ukur kadaster, kami juga menjalankan pengukuran kerja-kerja:
Kejuruteraan
Rundingan Perihal Tanah
Ukuran Strata
Hidrografi dan
GIS.
Kami juga berjinak-jinak dengan menghasilkan pelan rumah dalam bentuk 3D dan juga menghasilkan susunatur lanskap juga dalam bentuk 3D supaya memudahkan orang ramai terutamanya dari luar bandar agar mereka mendapat sebut harga daripada pihak kontraktor dengan adanya pelan-pelan tersebut.melalui kreativiti yang terdapat pada setiap kami,kami harap dapat membantu dalam setiap permasalah yang anda hadapi.
Hubungi kami.
No 51, Jalan Pamah 5/1D
Seksyen 8, 40000
Shah Alam Selangor
No tel : 03-548 09712
HP : 019-4305875 (Hasbullah)
Ada kerja kosong
ReplyDelete