Thursday, 18 April 2013

cukai pintu

Salam Jumaat yang mulia,

Bagi yang rajin atau diberi tanggungjawab mengurus rumah..tak kisah la suami atau isteri, dari bayar bil itu ini, duit byaran rumah,duit kereta dan sebagainya mungkin maklumlah dengan apa yang dmaksudkan dengan CUKAI PINTU.Apa itu cukai pintu sebenarnya ya??...


Cuba kita tnya anak-anak kita,apa tu cukai pintu..mesti masing-masing geleng kepala tak tahu apa benda.baik yang kecik atau yang besar.Mesti blur apa lah cukai pintu ni kan..kena bayar kat mana.Apa sebab kita mesti dikenakan cukai pintu.dan sebagainya..

ni hah contohnye cukai pintu atau cukai taksiran..samaje

Bila sebut je cukai pintu,kita jadi pelik plak..apa beza cukai pintu dengan cukai tanah..ada beza ke.Sebab rumah kita mmg berada di atas tanah..jadi kenapa mesti ada cukai pintu dan cukai tanah.tak boleh ke satukan je terus dalam satu cukai.kan senang.??..

Cukai pintu lain ye dari cukai tanah.Jangan terkeliru plak ye.Cukai pintu dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke atas pemilik atau penghuni pegangan berkadar contohnya seperti rumah kita,rumah kedai ke,hotel bajet tak bajet ke..tak kesah la..selagi struktur bgunan yang ada pintu atau terletak di bawak pihak berkuasa tempatan, so dikenakan cukai pintu.Cukai pintu ni dikenakan pada setiap dua kali setahun...bkan sekali setahun.ramai yang ambik remeh pasal cukai pintu ni tau.Buat-buat tak tahu dan buat-buat lupa.


Cukai tanah plak dikenakan ke atas pemilik tanah sebagai balasan kepada pihak berkuasa negeri kerana memberi tanah kepada kita.orang dah memberi,jadi sebagai balasan kena lah bayar cukai ye tak?tak?..ok

Orang tanya balik nnti,dah bayar cukai pintu,then apa benefit yang kita dapat dari itu?..takkan bayar sia-sia je xde faedah utk kita?...tak...ADA..dan byk..

Mengangkut sampah, membersihkan longkang, mengindahkan lanskap, membayar bil lampu jalan, menyelenggara lampu-lampu isyarat dan sebagainya.hah kan ada benefitnya disitu..lainlah kalau anda mampu buat semua tu dgn tenaga sendiri..then boleh proceedkan memorandum kepada pihak berkuasa untuk pengecualian cukai pintu..heheh...gurau.,Bayaran boleh dilakukan di majlis..Pihak berkuasa Tempatan..atau bayar je online.kan mudah.semua di hujung jadi anak gitu.....


No comments:

Post a Comment